Friday, 20 February 2015

Assalamualaikum w.b.t Menjadi anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Adakah adik-adik tergolong dalam ciri-ciri anak soleh atau solehah? Kalau nak tahu, jom kita lihat… 1. Mentaati kedua ibu bapa Sentiasa mentaati kedua orang tua selagi ia tidak terkeluar dari syariat Islam. Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yangbermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainDIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengansebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumurlanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepadakeduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlahkepada mereka ucapan yang mulia “. 2.Tingkah laku dan akhlak dipelihara Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri, apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga. 3. Kasih sayang kepada ibu bapa Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih sayang orangtuayang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpamereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini. 4.Rajin beribadat kepada Allah SWT Sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, adik-adik juga perlu mengabdikan diri dengan beribadat kepada Allah SWT. Lakukan segala suruhan dan tinggalkan segala larangan-Nya. InsyaAllah adik-adik akan menjadi ank yang soleh. 5.Ikhlas dalam melakukan sesuatu Ikhlas ini amat penting dan amat perlu ada di dalam diri manusia. Tidak perlu melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan seeloknya lakukannya kerana Allah Sidang pembaca sekalian, ini antara ciri-ciri yang boleh kita terapkan dalam diri, dalam usaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Usaha yang berterusan amat perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah, doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang dilakukan tadi mendapat keredhaan dan diberkati Allah SWT. SELAMAT BERAMAL SAHABAT SEKALIAN :)

KHABAR MIMPI ATAU FIRASAT MIMPI

Assalamualaikum w.b.t
Hari terakhir di kampung Balai Maras, Batu Rakit Terengganu.  Esok dah kena bergegas balik ke Rawang. Hmm...sgt tidak puas....serasakan baru beberapa jam yg lepas menjejakkan kaki ke kampung. Tup! tup! udah mahu berangkat pulang.
Hari ini Suri duk belek Insta tahun 2014. Terbaca pasal ramalan mimpi dan agak menarik utk dikongsikan bersama :)
Dah nama pun firasat atau ramalan, Suri nasihatkan jgn terlaku memikirkan yg bukan2 okey...
1. Melihat NABI MUHAMMAD SAW ~ akan mendapat darjat yg mulia.
2. Berdepan dengan neraka ~ akan melakukan dosa.
3. Melihat Luh Mahfuz ~ akan menjadi Qari dan dpt menghafal al-Quran.
4. Bertemu sahabat Nabi (Abu Bakar,  Umar, Uthman atau Ali) ~ akan menjadi alim ulama.
5. Naik ke udara ~ dikatakan akan peroleh kesenangan dan rezekinya bertambah.
6. Bertemu dengan Malaikat Jibril ~ akan peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.  Segala pekerjaannya mendapat hasil yg baik dan berkat serta akan memperoleh kekayaan.
7. Bertemu malaikat2 yg tudak dikenali ~ akan peroleh kemuliaan dan menjadi org yg soleh dan berbudi.
8. Nampak Syurga ~ akan bertambah kebajikannya dan hajatnya akan dikabul Tuhan.
9. Masuk syurga ~ akan menjadi seorang pemimpin atau peroleh kedudukan yg baik.
10. Bertemu dengan bidadari ~ akan dinaikkan pangkat.

Ok..nanti Suri sambung part 2.

Salam ukhwah :)

Cengkerik berdondang sayang...

Assalamualaikum w.b.t
It's past midnight and almost 1 am. Oh! My kampung.  Sunyi, hening, damai...hinggakan sukarnya hendak halwa telinga ini menangkap sebarang bunyi kenderaan.  Mata masih membuntang luas...ahli rumah yg lain dah selamat beradu. Tapi aku masih menghayati kemerduan malam.
Sunyinya waktu begini memang sangat sesuai melakukan ibadah sepertiga malam. Aura yg positif pasti akan mudah meresap ke lubuk hati kita yg senantiasa berbolak- balik ini. Ya Allah...jadikanlah hati kami sentiasa cintakan ibadah. Amin

ANAK RANTAU...RINDU MENGGAMIT

Assalamualaikum w.b.t
CNY 2015 kebetulan jatuh pada hari khamis dan Jumaat.  Sudah pastinya ia menjadi pilihan hampir kesemua anak rantau untukbpulang bercuti ke kampung halaman masing2. Dan kami sekeluarga antara yg pantas merebut peluang tersebut.
Melepaskan anak2 berlarian di pantai yg masih terpelihara drp kerakusan pembangunan merupakan satu nikmat! Melihat mereka mendongak ke langit cerah sambil memerhati pokok rhu ternyata amat menakjubkan!
Mencuri masa bersama ibubapa juga satu rezeki daripada ALLAH. Terpancar sinar kegembiraan di wajah2 yg sudah dimamah usia itu tiap kali anak cucu pulang ke kampung.
Jadi,  ambillah sebanyak mungkin peluang utk bersama keluarga kerna perpisahan itu bukan omong dusta.
Salam ukhwah buat semua :)

Thursday, 19 February 2015

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR. ..AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN

Assalamualaikum w.b.t...
Salam ukhwah buat semua pembaca dan bloggers :)
Blog  ini diwujudkan bagi berkongsi pendapat, resepi kek coklat moist,  dan sekaligus mempromosikan Suri Choco Cake Super Duper Moist dgn harga jimat RM1.
Saya ingin membantu anda anda di luar sana BERJIMAT utk pelbagai majlis seperti perkahwinan,  bertunang, aqiqah, majlis korporat dll. Saya JAMIN anda akan sukakan rasa Suri Choco Cake :)
Sila war-warkan bagi membantu ANDA dan TEMAN SEKELILING anda SAVE BUDGET utk doorgift. Kek RM1 ...
#kekcoklatmoist
#doorgiftmurah
#kekrm1
#saizbekas4×4inci
#cenderahatikahwin