Friday, 20 February 2015

KHABAR MIMPI ATAU FIRASAT MIMPI

Assalamualaikum w.b.t
Hari terakhir di kampung Balai Maras, Batu Rakit Terengganu.  Esok dah kena bergegas balik ke Rawang. Hmm...sgt tidak puas....serasakan baru beberapa jam yg lepas menjejakkan kaki ke kampung. Tup! tup! udah mahu berangkat pulang.
Hari ini Suri duk belek Insta tahun 2014. Terbaca pasal ramalan mimpi dan agak menarik utk dikongsikan bersama :)
Dah nama pun firasat atau ramalan, Suri nasihatkan jgn terlaku memikirkan yg bukan2 okey...
1. Melihat NABI MUHAMMAD SAW ~ akan mendapat darjat yg mulia.
2. Berdepan dengan neraka ~ akan melakukan dosa.
3. Melihat Luh Mahfuz ~ akan menjadi Qari dan dpt menghafal al-Quran.
4. Bertemu sahabat Nabi (Abu Bakar,  Umar, Uthman atau Ali) ~ akan menjadi alim ulama.
5. Naik ke udara ~ dikatakan akan peroleh kesenangan dan rezekinya bertambah.
6. Bertemu dengan Malaikat Jibril ~ akan peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.  Segala pekerjaannya mendapat hasil yg baik dan berkat serta akan memperoleh kekayaan.
7. Bertemu malaikat2 yg tudak dikenali ~ akan peroleh kemuliaan dan menjadi org yg soleh dan berbudi.
8. Nampak Syurga ~ akan bertambah kebajikannya dan hajatnya akan dikabul Tuhan.
9. Masuk syurga ~ akan menjadi seorang pemimpin atau peroleh kedudukan yg baik.
10. Bertemu dengan bidadari ~ akan dinaikkan pangkat.

Ok..nanti Suri sambung part 2.

Salam ukhwah :)

No comments:

Post a Comment