Assalamualaikum w.b.t
CNY 2015 kebetulan jatuh pada hari khamis dan Jumaat. Sudah pastinya ia menjadi pilihan hampir kesemua anak rantau untukbpulang bercuti ke kampung halaman masing2. Dan kami sekeluarga antara yg pantas merebut peluang tersebut.
Melepaskan anak2 berlarian di pantai yg masih terpelihara drp kerakusan pembangunan merupakan satu nikmat! Melihat mereka mendongak ke langit cerah sambil memerhati pokok rhu ternyata amat menakjubkan!
Mencuri masa bersama ibubapa juga satu rezeki daripada ALLAH. Terpancar sinar kegembiraan di wajah2 yg sudah dimamah usia itu tiap kali anak cucu pulang ke kampung.
Jadi, ambillah sebanyak mungkin peluang utk bersama keluarga kerna perpisahan itu bukan omong dusta.
Salam ukhwah buat semua :)
No comments:
Post a Comment